Monday 28 September 2015

Ringkasan Nota Dakwah


RINGKASAN NOTA DAKWAH


KEPERLUAN MANUSIA TERHADAP DAKWAH ISLAMIAH

1.    Manusia menyeleweng Daripada Tauhid Yang Sebenarnya
- Tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan menyeleweng daripada tauhid kepada Allah.
-   Lemah untuk menentukan kebenaran, kerana terdedah kepada pengaruh tempat, masa, keadaan, suasana membuatkan kebenaran itu menjadi kabur.
-       Wujud perbezaan pendapat dalam mentafsirkan sesuatu perkara.
-       Jahil tentang:
a. Apa yang ada di luar daripada tahap pemikiran mereka, seperti hal-hal ketuhanan.
b.    Apa yang akan berlaku, seperti alam akhirat.
c.    Apa yang lebih baik untuk kehidupan mereka.

2.    Pertembungan Politik
-   manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu mendapat petunjuk dan tidak mendapat petunjuk. Golongan yang mendapat petunjuk berusaha untuk mengembangkan dan mempertahankan petunjuk itu, manakala golongan yang tidak mendapat petunjuk berusaha mempertahankan keadaan mereka.

3.    Kecerdikan Dan Kematangan Aqal Manusia
-       Agama Islam telah diamanahkan Allah kepada manusia yang telah dikurniakan Allah kecerdikan dan kematangan aqal, maka seluruh ummat Islam bertanggungjawab untuk membawa agama ini ke tempatnya yang sebenar.

DEFINISI DAKWAH ISLAMIAH

  1. Dakwah Dari Segi Bahasa
-       An-Nida’ yang bermaksud panggilan.
-       Mengajak kepada sesuatu.
-       Usaha melalui perkataan atau perbuatan untuk membuat orang cenderung kepada sebuah mazhab atau aliran.
-       Munajat dan berdoa.

  1. Dakwah Dari Segi Istilah
a)    Menundukkan diri kepada Allah dan ajaran-ajaran-Nya tanpa syarat dan ketentuan.
b)    Agama yang diredhai Allah S.W.T. untuk dianut oleh seluruh umat manusia.
c)    Sistem hidup yang umum, perundangan yang meliputi seluruh segi kehidupan manusia, dan aturan perilaku manusia, yang dibawa Rasulullah s.a.w. dari Allah S.W.T. untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.

* Dakwah Islamiyah adalah mengajak orang lain melalui amr ma’ruf nahi mungkar, untuk bertauhid kepada Allah, mengucapkan syahadatain, dan melaksanakan peraturan Allah, baik melalui ucapan mahupun perbuatan, seperti yang disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, sehingga kepatuhan serta ketundukan hanya menjadi milik Allah S.W.T.

HUKUM MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAMIAH
  1. FARDHU ‘AIN
a.    Surah al-Nahl 125 : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat pengajaran yang baik, serta berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik...”
Ayat ini memberi hujjah bahawa Nabi Muhammad diperintahkan secara khusus untuk berdakwah. Maka orang Islam juga diperintahkan supaya melaksanakan tanggungjawab tersebut, kerana ia tidak termasuk ke dalam perkara yang khusus bagi Nabi sahaja.
b.    Hadis Riwayat Bukhari: “Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kekuatannya). Jika dia tiada kemampuan berbuat demikian, maka hendaklah dia menggunakan lidahnya. Jika dia tiada kemampuan juga, hendaklah dia ubah dengan hatinya. Namun yang demikian itu (mengubah dengan hati) menunjukkan selemah-lemah iman.”
Dalam mentafsirkan hadis tersebut, al-Qurtubhi menjelaskan bahawa menyuruh yang ma’ruf dengan menggunakan tangan (kekuasaan) mesti dilakukan pemerintah, dengan lidah oleh ulama’, sedangkan dengan hati sahaja oleh orang awam yang bersikap lemah.Hadis ini menunjukkan bahawa menegah kemungkaran itu mesti dilakukan oleh setiap orang mengikut kemampuan, walaupun dengan hatinya sahaja.

  1. FARDHU KIFAYAH

a.    Surah Ali Imran 104 : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perbuatan yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Kalimah di antara kamu (منكم) dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa perintah ayat tersebut ditujukan kepada sebahagian daripada orang Islam sahaja. Kata al-Qurthubi ayat ini menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar itu merupakan fardhu kifayah. Al-Shawkani r.h pula menjelaskan, perintah tersebut khusus kepada ahli ilmu yang mengetahui tentang apa yang ditegah dan apa yang disuruh.
b.    Surah al-Taubah 122 : “Dan tidaklah (betul) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tiggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembai kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berwaspada.”
Bagi mentafsirkan ayat ini, al-Qurtubhi r.h menjelaskan bahawa jihad itu fardhu kifayah, bukan fardhu ‘ain, kerana ada orang yang dimestikan keluar berjihad dan ada orang yang dimestikan belajar mendalami ilmu.

PENILAIAN HUJJAH
Ayat-ayat al-Quran yang dikemukakan oleh golongan yang berpendapat fardhu kifayah ini untuk dijadikan hujjah pendapat mereka adalah tidak tepat. Maka, pendapat yang mengatakan dakwah itu fardhu ‘ain mengikut kemampuan masing-masing adalah lebih tepat.
  1. Ali Imran ayat 104 : Terjemahan pada perkataan (منكم) dengan maksud daripada kamu adalah tidak tepat. Perkataan minkum bukan bererti daripada kamu. Ia sebagai satu tambahan bagi menjelaskan perintah selepasnya. Dengan yang demikian, perintah tanggungjawab dakwah adalah atas semua orang.

  1. Al-Taubah, ayat 122 sebagai dalil bahawa dakwah itu tertentu kepada golongan ahli ilmu sahaja tidak diterima. Ayat tersebut tidak menunjukkan bahawa dakwah itu ditentukan kepada golongan ahli ilmu sahaja. Ini kerana berjihad itu merupakan sebahagian daripada kerja Islam atau laluan dakwah, atau lebih tepat dikatakan kemuncak dakwah.

  1. Al-Maidah, ayat 105 menjadi dalil bahawa usaha dakwah tidak diperlukan bagi membawa orang lain kepada petunjuk Allah, setelah dia diberikan petunjuk itu; hujah ini diertikan bahawa taklif  dakwah tidak ada bagi seseorang yang telah diberi petunjuk. Ibnu Majah menyebut bahawa Abu Bakar al-Siddiq menolak kefahaman seperti itu dari ayat tersebut.

Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah
  1. Al-Sayyid Nawfal
Dakwah itu fardhu ‘ain, kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas di dalam Islam yang menjadi fardhu ‘ain kepada setiap orang. Dakwah juga fardhu kifayah, kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk menyebarkan dakwah.

  1. Muhammad Abu Zuhrah
Melihat kepada usaha yang para sahabat dan tabi’in terhadap usaha dakwah, maka dapat difahamkan bahawa dakwah itu fardhu ‘ain. Di samping itu, ia menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiah. Maka, hukum dakwah ialah kedua-duanya sekali.

  1. Muhammad ‘Abduh
Dbeliau mengkhususkan dakwah dengan cara menasihati dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama, tanpa mengira si alim atau si jahil.

  1. ‘Abdul Karim Zaydan
Kewajipan dakwah ke atas seseorang itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam, berdasarkan dia itu orang Islam. Kedua, peringkat berjemaah, berdasarkan dia itu menjadi anggota kepada jemaah.


JIHAD DAN MATLAMATNYA DALAM DAKWAH ISLAMIAH
1.    Definisi Jihad Dari Segi Bahasa (جهد) dan Istilah
-       Al-Juhdu, ialah kekuatan dan kekuasaan.
-       Al-Jahdu, membawa maksud kesukaran dan penderitaan. Tercapai sesuatu perkara kerana melakukannya secara bersungguh-sungguh.
-       Al-Jahad, ialah tanah rata yang kering kontang dan tiada mempunyai tumbuh-tumbuhan dan tidak dibasahi hujan.
-       Ijtihad, pecahan daripada kalimah al-juhd ialah usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya, jihad membawa erti kekuatan, di mana Jihad memerlukan kekuatan untuk menggerakkan semangat seseorang, manakala al-juhd membawa erti kesusahan dan penderitaan, sememangnya Jihad pasti akan menempuh.

2.    Kategori Jihad
-       Jihad melalui pendidikan, penyebaran Islam dan menolak segala salah faham yang menghalang manusia daripada beriman dan memahami hakikat Islam yang sebenar.
-       Jihad dengan menyumbang harta untuk menampung keperluan ke arah pembentukan sebuah masyarakat Islam.
-       Perang berbentuk mempertahankan diri (defensive), iaitu apabila masyarakat Islam berdepan dengan serangan daripada musuh yang cuba menggugat agama Islam.
-       Perang berbentuk menyerang (offensive), iaitu apabila masyarakat Islam memulakan serangan untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat lain di negara lain dan pemerintah negara tersebut menghalang kebenaran sampai kepada rakyatnya.
-       Kerahan tenaga ketika musuh menyerang negara Islam dan menggugat hak Islam.

3.    Hukum Jihad
Pendapat al-Syahid Hasan al-Banna melalui kitabnya Majmu’ah al-Rasa’il yang dipetik daripada beberapa pendapat ulama mazhab:

a.    Fardhu kifayah
Merujuk kepada empat kategori jihad.
-       Mazhab Syafie/Maliki : Apabila ia dilaksanakan oleh sebahagian orang yang memadai di kalangan kategori tersebut, tanggungjawab itu gugur daripada orang lain.
-       Mazhab Zahiri : Jika telah ada orang yang menghadapi serangan musuh, melancarkan serangan ke kubu musuh, memelihara sempadan umat Islam, orang lain tidak diwajibkan.

b.    Fardhu ain
Merujuk pada kategori jihad kelima.
-       As-Syaukani : apabila dikerah untuk berperang oleh pemerintah.
-       Mazhab hanbali : jika orang kafir menceroboh sesebuah wilayah.

4.    Masa Jihad Disyariatkan Dan Pensyariatannya Secara Berperingkat

1.    Rasulullah berdakwah di Makkah selama 13 tahun secara aman. Baginda tidak bertindak balas terhadap serangan musuh. Setelah berhijrah ke Madinah, Allah telah mengizinkan peringkat awal jihad, iaitu mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia dikenali perang mempertahankan diri.

Surah al-Baqarah 190 : “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”

2.    Selepas perjanjian Hudaibiyah Allah mengizinkan Rasulullah melancarkan perang terhadap kaum musyrik apabila memerlukan, kecuali pada bulan-bulan haram.

Surah al-Taubah 5 : “Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu)….”

3.    Seterusnya, Allah mengizinkan perang jihad tanpa terikat kepada masa dan tempat.

Surah al-Baqarah 191 : “Dan bunuhlah mereka (yang memerangi kamu) di mana sahaja kamau dapati mereka, dan usrilah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu. Fitnah (syirik) itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”

5.    Syarat-syarat Wajib Jihad

a.    Syarat-syarat Berkenaan Para Mujahid (fardhu kifayah)
-       Islam. Jihad tidak sah & wajib kepada orang kafir. Ini kerana jihada adalah ibadah.
-       Mukallaf. Jihad tidak diwajibkan kepada kanak-kanak atau orang gila.
-       Lelaki. Jihad tidak diwajibkan kepada perempuan.
-       Bekemampuan. Merangkumi kemampuan fizikal dan kemampuan harta.
-       Persetujuan ibubapa.

b.    Syarat-syarat Berkenaan orang Kafir Yang Diperangi
-       Orang kafir itu bukan kafir musta’min (kafir harbi yang meminta dan diberi perlindungan), mu’ahad (kafir harbi yang terikat dengan perjanjian damai) atau ahli zimmah (rakyat bukan Islam dalam negara Islam).
-       Sebelum peperangan dilancarkan, mereka perlu diperkenalkan dengan Islam dan dijelaskan tentang Islam yang sebenar. Setelah segala hujah dikemukakan dan mereka masih mempertahankan kekufuran mereka, ini sudah cukup sebagai alasan untuk memerangi mereka.

GOLONGAN SASARAN (MAD’U)
Mad’u itu adalah seluruh ummat manusia tanpa terkecuali, seluruh ummat manusia dituntut untuk menerimanya selama dia berakal, apakah dia lelaki atau perempuan, tanpa memandang kepada bangsa keturunan, warna kulit, pekerjaan, daerah tempat tinggan dan lain sebagainya yang berkaitan dengan manusia. Kerana itu dakwah Islam bukan ditujukan kepada bangsa tertentu, peringkat tertentu, golongan tertentu, tetapi al-Qur’an yang menjadi dasar dakwah itu sendiri hanya menyebutkan mad’u adalah manusia.
Saba 28 :“Dan tidak Kami utus engkau melainkan kepada manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan peringatan.”
  1. Penguasa
  2. Golongan Pertengahan
  3. Rakyat Marhaen
  4. Golongan Yang Memusuhi Islam

BEKALAN SEORANG PENDAKWAH
  1. KEILMUAN
Surah Muhammad 19 : “Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripada Allah dan minta ampunlah kepada-Nya.”
Bagaimanapun kesungguhan yang dikerahkan tanpa mengetahui cara dalam mencapai dan melaksanakan, perbuatan dan tindakan itu tidak akan sempurna bahkan akan menjadi gagal. Hal ini kerana, ilmu pengetahuan itu menurut ajaran agama yang dapat menyampaikan manusia kepada Tuhannya. Seseorang pendakwah haruslah mempunyai pandangan yang luas, mengetahui apa yang akan disampaikannya, baik yang berhubung dengan perkataan, perbuatan dan dengan apa yang harus ditinggalkan. Maka wajiblah bagi setiap pendakwah untuk mengetahui ajaran-ajaran agama. Ilmu pengetahuan yang dimaksud hendaknya berdasarkan dalil syara’. Seseorang muslim hendaklah selalu memperkembangkan ilmu pengetahuannya tentang agama agar dengan ilmu pengetahuan itu agama yang dianutnya dikuatkan dengan dalil dan bukti.

  1. AKHLAK
-       Berlaku Benar
-       Sabar
-       Kasih Sayang
-       Merendahkan Diri (Tawadhu)
-       Bergaul dan Beruzlah

3.    Kemahiran Komunikasi

PENDAKWAH DI KALANGAN PARA RASUL DALAM AL-QURAN
  1. NABI NUH A.S.
Nuh 5-6 : “Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka seruanku itu hanya menambahkan mereka lari (dari kebenaran).”

a.    Tugas Nabi Nuh a.s. dalam dakwahnya
-       Mengembalikan tauhid dan menghapuskan syirik dalam peribadatan.
-       Menghapuskan sifat-sifat takbur dan pengkelasan kasta.
-       Menolak tuduhan-tuduhan yang selalu dilontarkan kepada beliau.

b.    Manhaj Dakwah Nabi Nuh a.s.
-       Dengan cara senyap dan terbuka, berdasarkan keperluan keadaan.
-       Tanpa mempedulikan ejekan dan persendaan orang ramai.
-       Menggunakan cara lembut untuk menarik masyarakatnya.
-       Mencampurkan dakwah dengan pembinaan semasa pertukangan kapal.
-       Mengingatkan masyarakatnya dengan nikmat Allah dan akhirat.
-       Sangat tahan menanggung bala dan ujian.

  1. NABI IBRAHIM A.S.
Maryam 42-43 : “Ingatlah ketika dia (Nabi Ibrahim a.s) berkata kepada bapanya: Wahai bapaku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun? Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.”

Nabi Ibrahim a.s. berasal daripada keturunan Nabi Nuh a.s. dan jarak antara keduanya ialah lebih daripada 1,000 tahun. Masyarakat Nabi Ibrahim berada di Iraq dan Palestin. Mereka memuja patung berhala yang diwarisi daripada kaum Nabi Nuh, matahari, bulan dan bintang, dan Raja Namrud bin Kan’an yang mengaku tuhan. Nabi Ibrahim berusaha berdakwah kepada kaumnya dengan cara menggunakan pemikiran dan perbahasan. Amalan masyarakatnya tidak berasas dari sudut logik akal. Baginda menjelaskan kepada bapanya bahawa berhala itu adalah makhluk biasa yang tidak boleh memberi apa-apa bahaya dan apa-apa kebaikan.

Manhaj Dakwah Nabi Ibrahim a.s.
-       Dimulakan daripada kaum keluarganya, di samping mementingkan mereka.
-       berdakwah kepada kaumnya dengan cara menggunakan pemikiran dan perbahasan.
-       Menghapuskan kemungkaran dengan tangannya, jika mampu berbuat demikian, sebagaimana Nabi Ibrahim menghancurkan patung berhala.
-       Berhijrah ke Mesir, Makkah dan sebagainya.
-       Menggunakan mukjizat yang berbentuk fizikal.


  1. NABI MUSA A.S.

  1. Dakwah Kepada Firaun
Nabi Musa diutuskan kepada kaum Bani Israel yang Berada di dalam kekejaman Fir’aun dengan membunuh anak lelaki yang baru lahir. Ketakburan Fir’aun dan rasa keagungannya sehingga mengaku menjadi tuhan. Kisah ini dicatatkan dalam al-Qur’an, sebagaimana Firman Allah S.W.T.:

Al-Syu’ara’16-17: “Maka datanglah kamu berdua kepada Fir’aun dan katakanlah olehmu: Sesungguhnya kami adalah rasul Tuhan semesta alam. Lepaskanlah Bani Irsael bersama kami.”

  1. Dakwah kepada orang ramai.
Nabi Musa a.s. juga telah menyeru orang ramai supaya menerima agama yang dibawanya, meninggalkan amalan dan adat sesat yang diwarisi dan mensyukuri nikmat kelebihan yang diberikan kepada mereka. Keadaan ini telah dijelaskan Allah dalam firman-Nya:

Surah al-Maidah 20 : “Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kaumnya, wahai kaumku ingatlah nikmat Allah atas kamu keika Dia mengangkat nabi-nabi dari kalangan kamu dan menjadikan kamu orang-orang merdeka, di samping memberikan kamu apa yang belum pernah diberikan oleh-Nya kepada seorang pun di antara umat-umat yang lain.”
Hasil daripada usaha tersebut ramai yang telah menjadi pengikutnya. Mengikut sesetengah ahli sejarah, pengikut-pengikutnya yang keluar bersama-sama beliau sebagai tentera seramai lebih 600 ribu orang. Nabi Musa juga terpaksa menghadapi karenah pengikut-pengikutnya yang enggan mengikuti perintahnya supaya memasuki Baitulmaqdis, setelah mereka berjaya melepaskan diri dari ancaman Fir’aun. Kedegilan kaumnya menyebabkan Nabi Musa a.s. menghadapi masalah yang banyak.

Manhaj Dakwah Nabi Musa a.s.
-       Menggunakan bantuan Nabi Harun untuk berhujah dengan Fir’aun.
-       Menggunakan cara perbincangan dan perbahasan.
-       Berdakwah menerusi kekuatan lidah dan kekuatan tentera.
-       Pendekatan lemah lembut dalam dakwahnya.
-       Penggunaan mukjizat dalam dakwahnya.